Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Unit kami sedang merancang kurikulum yang akan digunapakai untuk tahun 2012 selaras dengan transformasi kurikulum seperti berikut:
* Nota : Masih dalam proses pembinaan dan perancangan :-
Persidangan meja bulat akan diadakan dalam bulan minggu pertama dalam bulan Oktober, yang melibatkan NGO masalah penglihatan.
1. Pendidikan Jasmani Suaian,
Meliputi kemahiran-kemahiran permainan khusus (Goalball, Bolasepak ( Futsal ), Olahraga, Pingpong, Catur,dll )serta permainan yang diubahsuai.
2. Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan ( KAIMal )
Meliputi
a) Orientasi dan Mobiliti
b) Kod Braille dan Peralatan Khas
c) Asas ICT masalah penglihatan ( JAWS , TYPING SKILL - KEYBOARD )
3. Pendidikan Seni Visual Suaian, Meliputi Kemahiran Ubahsuaian daripada kurikulum Normal, dengan memberi fokus utama kepada kemahiran kraftangan yang bersesuaian dengan keperluan murid- Cth Anyaman ( bakul ) dan Pembuatan ( pasu ) dll.
4. ICT
Pengubahsuaian daripada kurikulum ICT Arus perdana.- Menerapkan teknik-teknik atau cara murid masalah penglihatan menggunakan ICT. ( Internet, MS word. Power Point, Excel ) dll
5. Kemahiran Hidup ( Suaian daripada kurikulum Arus Perdana )
Meliputi kemahiran hidup yang benar-benar diperlukan dan sesuai oleh murid bermasalah penglihatan.
6. Pendidikan Kesenian Masalah Penglihatan ( Ting 1- Ting 3 )
Pendidikan Kesenian ini adalah ubahsuaian daripada kurikulum sekolah seni malaysia yang dicadangkanakan menggantikan Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual disekolah.Mata Pelajaran ini meliputi gabungan kemahiran Muzik dan pendidikan Seni Visual ( 80% Muzik/ 20 % Seni Visual ( Anyaman dan Pembuatan )- Pihak kami masih dalam perbincangan agar murid yang mempelajari kurikulum ini boleh diterapkan masuk ke sekolah seni khususnya untuk bidang Muzik.
7. Kurikulum Prasekolah ;
Ubahsuaian kurikulum prasekolah kebangsaan.
penambahan ( KAIMal )
8. Kurikulum Pelbagai Kecacatan
Dengan kerjasama BPKhas sedang digubal untuk murid pelbagai kecacatan.
* Ini adalah penjelasan ringkas daripada pihak kami. Segala maklumat, cadangan dan pandangan amat dialukan .
Pegawai di Unit Khas Masalah Penglihatan :
1. En. Abd. Rasid Bin Jali
2. En. Ahmad Bustamam Bin Mohd Ali
3. En. Mohd Hafiz Bin Baharom
4. Pn. Aida Farzlina Binti Rosly
Monday, September 14, 2009
Friday, September 4, 2009
Salam Unit Khas Masalah Penglihatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Blog ini dipaparkan bertujuan untuk mendapat pandangan dan maklumbalas yang membina bagi membantu unit kami dalam proses membangunkan kurikulum dan modul yang berkaitan dengan keperluan murid bermasalah penglihatan di seluruh malaysia. Sokongan dan pandangan pembaca khususnya golongan OKU bermasalah penglihatan amatlah dialukan.
Blog ini dipaparkan bertujuan untuk mendapat pandangan dan maklumbalas yang membina bagi membantu unit kami dalam proses membangunkan kurikulum dan modul yang berkaitan dengan keperluan murid bermasalah penglihatan di seluruh malaysia. Sokongan dan pandangan pembaca khususnya golongan OKU bermasalah penglihatan amatlah dialukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)